OBJEKTIF

OBJEKTIF

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

  • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan. Dasar Kebudayaan in dilihat dengan kepelbagai an bangsa yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing.
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. la juga dapat mewujudkan satu identita negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur yang baik danpada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. Hal ini bermakna keperibadian rakyat dan suku kaum di Malaysia ditonjolkan berasaskan persamaan ciri-ciri budaya yang mengatasi sifat-si fat perkauman.
  • Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Jika dua objektif awal di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat. Peningkatan kehidupan bermaksud, setiap kaum sudah hilang perasaan prejudis. Keadaan ini member peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

  • Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGHARGAAN